azlyrics.biz
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 #

altimet – sabarlah lyrics

Loading...

[intro: customer service]
h-llo, boleh saya bercakap dengan encik ahmad? ok encik ahmad, menurut rekod kami akaun encik ahmad ada tunggakkan lah. dah 2 bulan dah ni. rasanya bila encik ahmad boleh jelaskan?

[verse 1: altimet]
akak, bukan taknak bayar
tapi saya harap pihak akak boleh sabar
bagi saya beli makan dulu, kami lapar
ini serius cakap bukan nak lawak hambar
kalau akak nak potong baiklah potong
minta maaf macam aidilfitri, kosong-kosong
tapi kalau akak boleh tolong, tolong, tolong
dah bertahun saya melanggan, saya sokong
kalau takda khidmat syarikat ini tak mati
hidup tetap hidup susah sikit sakit hati
kesian akak kerja kejar kami hari-hari
call nombor ini lagi
saya takkan lari
saya janji

[chorus: amir jahari]
pernah ku rasa susah begini
hadapi semuanya penuh sabar
cintai dirimu sendiri dulu
baru kau rasa, cinta darinya
sabarlah
sedikit saja

[verse 2: altimet]
mama, aku lihat kamu
jual kuih cari makan demi anakmu
3 budak nakal adik-adik campur aku
seluar sekolah senteng beli baru, tak mampu
sedih perit semua kamu simpan dalam hati
garang marah capai rotan kami 3 lari
berleter berbakul-bakul, berkati-kati
tapi kamu contoh kami belajar berdikari
andai kata esok lusa aku takde lagu
mana tahu esok lusa nama dah tak laku
aku boleh mula usaha lain hidup baru
tunjuk ajar aku punya sifu, mama aku

[chorus: amir jahari]
pernah ku rasa susah begini
hadapi semuanya penuh sabar
cintai dirimu sendiri dulu
baru kau rasa, cinta darinya
sabarlah
sedikit saja

[verse 3: altimet]
berikan aku kekuatan nak berhadapan dengan tekanan dan tangankan ujian yang telah kau kurniakan (yang telah kau kurniakan)
jangan kurangkan bebanan tapi tingkatkan ketabahan dan kesabaran
aku janji akan aku akalkan (akan ku akalkan, hey)

[chorus: amir jahari]
pernah ku rasa susah begini
hadapi semuanya penuh sabar
cintai dirimu sendiri dulu
baru kau rasa, cinta darinya
sabarlah
sedikit saja

[outro: amir jahari]
bersabarlah
bersabarlah
sedikit saja



Random Lyrics

HOT LYRICS

Loading...