azlyrics.biz
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 #

amir meludah - benang ikat mati lyrics

Loading...

-ssalamualaik-m
tangan tuk pelawa jabat ikhlas kan dijunjung
otak tertangguh, akal masih termenung…
arah anak mata melekat fokus atas bumbung

pantun seribu kerat
kan diherdik kalau tak cantik
tak cukup berat
ini bukake kata-kata orang gila
bawa warkah berita rakyat derhaka

jaringan neuron lebuhraya maklumat
bak harta karun yang sudah berkarat
kain emas putih patah sayap malaikat
bersorak meraih tipu serong kiblat

mata sepet ditipu
mata bulat merapu
kisah bunyi teratur sangkar ralat keliru
lena mata tertidur
mimpi malam seribu satu
alam gelap tampak kelabu

pengecut bersatu, cuak cerai roboh
inai akhir kan pudar pada kuku jari si hodoh
dalam sangkar tersorok tiga biji telur
bila satu retak dua turut hancur

semat rasa marah pupuk rasa benci
telan dan minum teguk cuka di pagi hari
ludahkan kahak buang muntah perut
tika hati resah dahi kening berkerut

sudah lama tahu punca poket berhabuk
jom raya sengketa, gong emas kuat diketuk
ganding bahu, cium ketiak busuk
paranoia dalam hati jadi kompas petunjuk

lajak kayuh perahu….
biar koyak bibir dan pecah mulut
biar digelak mereka tak tahu
biar mereka gelak berpura macam tahu

ayunan suara rentas masuk kepala
tanpa ada sangsi penapis tiada
engkau tak berani lukis tanda tanya
terserap racun ulat telinga

lidah si lain menconteng tipuan
usah biar pegangan rasa sikit terancam
sambung berdegil kepala keraskan
lebih baik salah dari diperbetulkan

masa berlalu jantung lemah berdegup
frekuensi sama bosan mengantuk
henti bergerak tamatkan hidup
kau bukan supernova bintang yang meletup

tiada wajib tiada paksa
tiada pistol janji celaka
tiada mimpi tiada harta
mungkinkah noktah lebih jauh bermakna

tiada wajib tiada paksa
tiada pistol janji celaka
tiada mimpi tiada harta
mungkinkah noktah lebih jauh bermakna



Random Lyrics

HOT LYRICS

Loading...