black, malique & rj - teman pengganti lyrics
intro (black)
ketawa bersama
menangis bersama
ku bersumpah harap kita
mati pun bersama
verse 1 (malique)
sejak dua menjak ini
makin kerap ku diganggu visi
bila celik, juga bila mimpi
aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
dia membelaimu dengan izin dan permisi
sentuhan katanya semuanya kau iakan
sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
aku redha walau tidak ku damba
walau hampa semuanya dah dijangka
beberapa purnama dulu cinta bertakhta
kenangan dibina kita indah belaka
ketawa bersama, menangis bersama
ku bersumpah harap kita mati pun bersama
namun hakikatnya, bukan mudah
aku sembunyikan gulana-gundah
segalanya kan berubah
dengarkan apa yang ku mahu luah
rahsia ini
telah lama aku pendamkan
tiba masanya
segala-galanya
kuceritakan
aku kan pergi
pergi ku tak akan kembali
tiba masanya
kau cari teman pengganti
verse 2 (malique)
dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
kita tak terlepas dari terkena tempias
rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
bila dunia seolah tak memahami
kau sudi selami, dalami dan mengalami
setia mendengar, sentiasa hadiir
ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
tiba pagi syawal, kaulah yang terawal
syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus kusingkap
kusorok kitab balik tingkap penjara hinggap
dalam diam ada, seorang yang kupuja
kau terisitmewa tapi dia yang sempurna
rahsia ini
telah lama aku pendamkan
tiba masanya
segala-galanya
kuceritakan
aku kan pergi
pergi ku tak akan kembali
tiba masanya
kau cari teman pengganti
verse 3 (malique)
sejak dua menjak ini, k-mencari fungsi kewujudan
dalam persekitaran yang penuh kejumudan
terperangkap dalam jasad, ku keliru
mujur ada kau si peneutralisasi pilu
namun aku tetap murung, berkurung
tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
komplikasi di halaman susuk kiri
makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
lagu ini yang terakhir aku sajikan
kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
jaga diri, jangan makan hati
yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
bilik dah kukemas, katil dah kurapi
cincin, kunci, dompet dalam laci
ada sikit w-ng, itu saja baki
moga-moga cukup untuk majlis tu nanti
outro (black)
aku kan pergi
bertemu kekasih abadi
tiba masanya
kau cari teman pengganti
Random Lyrics
- trockener kecks - diep in mijn hart lyrics
- slank - aku gak mau membagi kamu lyrics
- kim tillman - lullaby lyrics
- max pezzali - new 2005 lyrics
- various artists - bem lyrics
- ratos de porão - ao vivo lyrics
- caramel peppers - negai song lyrics
- various artists - run it lyrics
- björk feat. sławomir zubrzycki - notget lyrics
- life cicla - mata hati lyrics