azlyrics.biz
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 #

mymotivace - zaman kaki kencing lyrics

Loading...

dengar sini wahai seluruh rakyat
mari labur dalam ini syarikat
skim jongkong emas patuh syariat
ada lengkap dengan tuan penasihat
pantas labur jangan sampai terlambat
takut nanti kehabisan tempat
ini dia peluang nak kaya cepat
modal sedikit, untungnya lebat

oink oink oink

tunggu punya tunggu, duit tak dapat dapat
founder hilang jejak, promoter tak nampak kelibat
kini baru tersedar, duit sudah disebat
hilang harta, terpedaya tipu muslihat
k+mpul lapor polis, pergi gempur pejabat
usaha bermacam, hasil tak terlihat
akhirnya buntu, tak guna lagi nasihat
hati koyak, tak boleh lagi diubat

hey hey hey hey hey

hati+hati di zaman ramai kaki kencing
nampak baik, sebenar alim+alim kucing
mulut manis pakar guna ayat touching
pandai umpan hingga mangsa pun terpancing
lambat sedar, pasti ada bau hancing
dah terlewat, bila duit tinggal syiling
jalan sikit, poket bunyi kecing kecing
hati+hati jangan mudah kena kencing
cing, cing, cing, cing, cing
wa wa wa wa wa

ini pula kisah kencing dana sumbangan
buka tabung k+mpul derma untuk yang memerlukan
selit sekali peluang infak untuk warga palestin
bayar influencer, buat iklan besar+besaran
rupanya nak makan komisen dari hasil kutipan
dua tiga puluh persen, sebagai imbuhan
langsung tak diberitahu pada para dermawan
bila minta audit, dalih, dengan bermacam alasan

oink oink oink
hey hey hey hey hey

hati+hati ini zaman ramai kaki kencing
nampak baik, sebenarnya alim+alim kucing
mulut manis cukup pakar guna ayat touching
pandai umpan, hingga mangsa pun terpancing
kalau lambat sedar, pasti ada bau hancing
desak, jejak sampai masuk ke lubang cacing
jangan biar, mereka bebas walau hanya sepicing
jika tidak, ramai lagi yang bakal kena kencing
cing, cing, cing, cing, cing

wa wa wa wa wa
hey hey hey hey

ini ada sikit lagi kisah+kisah hancing

tokoh politik masa jadi pembangkang
sembang kencang minta beri dia peluang
lepas menang, dia tukar jadi bengkang
dulu pejuang kini seorang pemujaw+ng

oink oink oink oink

akhir sekali kisah menyusahkan ramai orang
sikap buruk orang+orang yang berhutang
masa nak pinjam, janji manis bulan dan bintang
tiba waktu bayar, hilang tak nampak bayang

oink oink oink oink
hey hey hey hey hey

cukup banyaknya cara nak menipu
jenuh tulis kalau nak cerita tiap satu
minda skeptikal kena aktifkan selalu
moga tak jadi seorang “tipah tertipu”

hati+hati ini zaman ramai kaki kencing
nampak baik, sebenarnya alim+alim kucing
mulut manis cukup pakar guna ayat touching
pandai umpan, hingga mangsa pun terpancing
kalau lambat sedar, pasti ada bau hancing
dah terlewat, bila keadaan telah runcing
dada sesak, kepala mula menjadi runsing
angkara ramainya scammer kaki kencing
cing, cing, cing, cing, cing
hati+hati ini zaman ramai kaki kencing
nampak baik, sebenarnya alim+alim kucing
mulut manis cukup pakar guna ayat touching
pandai umpan, hingga mangsa pun terpancing
kalau lambat sedar, pasti ada bau hancing
desak, jejak sampai masuk ke lubang cacing
jangan biar, mereka bebas walau hanya sepicing
jika tidak, ramai lagi bakal kena kencing
cing, cing, cing, cing, cing



Random Lyrics

HOT LYRICS

Loading...