siti nurhaliza – oda bumi anbia lyrics
prologue
izinkan ku bercerita
sebuah kisah yang telah engkau tahu
dari kaca tv dan dada-dada akhbar
kau sendiri melihat dan mendengarinya, bukan?
penganiayaan satu bangsa terhadap
satu bangsa yang lain
beginilah apabila kem-n-siaan
di penghujung kewarasan
merengkok tubuh mungil
diatas pasir berb-mbung langit
entah apalah dosanya
rebah dihinggapi peluru yang tak bermata
berkawat lasykar angkuh
dibalik jentera perisainya
berselendangkan senjata
tiada belas nuraga nun dihatinya
dunia bagai pejamkan mata
serta terpasung tangannya
tidak mampu berbuat apa
sedangkan mungkar ber-raja…oh
(oh.mengapa?…oh)
monologue
netzarim, khan yunis, gaza, jenin
nablus dan sepanjang tebing barat
hari demi hari
layskar angkuh ini
terus mengganas mencari mangsanya
kanak-kanak atau orang tua
tidak mengapa
pada mereka sama sahaja!
mengalir darah merah
di atas b-mi suci anbia
laungan intifada
bergema membakar semangat perjuangan
epilogue
sampai bila…?
sampai bilakah penindasan dan
kekejaman ini akan berterusan?
sampai bilakah b-mi anbia ini akan terus
menyaksikan pertumpahan darah?
sampai bila rakyatnya harus terus
terkapai-kapai mencari keadilan dan kebebasan?
aku sendiri menanti jawapnya…
Random Lyrics
- feat tim mcgraw kenny rogers – owe them more than that (feat. tim mcgraw) – kenny rogers lyrics
- natalie grant – we are all the same lyrics
- kelly rowland – all on you lyrics
- david ford – she’s not the one lyrics
- charlie rich – set me free lyrics
- five for fighting – augie nieto lyrics
- linda ronstadt – life is like a mountain railway lyrics
- buddy holly – i’m lookin’ for someone to love lyrics
- charles trenet – mes jeunes annees lyrics
- haystak – crackavelli lyrics