ustaz mohammad taha bin haji hassan - hadith 2 lyrics
الحديث الثاني
مراتب الدين الإسلام والإيمان والإحسان
عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيضاً قَال:
بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ
إَذْ طَلَعَ عَلَيْناَ رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثّياب
شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ يُرَى عَلَيهِ أَثَرُ السَّفَرِ
وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنا أحَدٌ
حَتى جَلَسَ إلَى النبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إلَى رُكْبَتَيْهِ
وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذِيْهِ وَقَالَ:
يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي عَنِ الإِسْلاَم!
فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إلَه إلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدَاً رَسُولُ الله
وَتُقِيْمَ الصَّلاَة، وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ، وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ البيْتَ إِنِ اِسْتَطَعتَ إِليْهِ سَبِيْلاً
قَالَ: صَدَقْتَ. فَعجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ،
قَالَ: فَأَخْبِرِنيْ عَنِ الإِيْمَانِ!
قَالَ: أَنْ تُؤمِنَ بِالله، وَمَلاِئكَتِه، وَكُتُبِهِ، وَرُسُلِهِ، وَالْيَومِ الآَخِر، وَتُؤْمِنَ بِالقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّه
قَالَ: صَدَقْتَ، قَالَ فَأخْبِرْنِيْ عَنِ الإِحْسَانِ!
قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَكَ تَرَاهُ، فَإِنْ لمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ
قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ!
قَالَ: مَا الْمَسئُوُلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ
قَالَ: فَأخْبِرْنِيْ عَنْ أَمَارَاتِها!
قَالَ: أَنْ تَلِدَ الأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرى الحُفَاةَ العُرَاةَ العَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِي البُنْيَانِ
ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثتُ مَلِيَّاً ثُمَّ قَالَ: يَا عُمَرُ! أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟
قُلْتُ: اللهُ وَرَسُوله أَعْلَمُ
قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتَاكُمْ يُعَلَّمُكُمْ دِيْنَكُمْ
رواه مسلم
hadis kedua
peringkat agama
daripada saidina umar juga r.a beliau berkata
ketika kami sedang duduk di sisi rasulullah ﷺ pada suatu hari
tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam
yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya
lalu dia duduk menghampiri nabi ﷺ lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha baginda seraya berkata
wahai muhammad, terangkan kepadaku tentang islam
lalu rasulullah ﷺ bersabda:
lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan allah dan bahawa muhammad itu utusan allah
engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan ramadhan
menunaikan haji ke baitullah (mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya
lelaki tersebut berkata: benarlah engkau
maka kami pun merasa hairan kepadanya
dia yang bertanya, dia pula yang membenarkannya
dia bertanya: terangkan kepadaku tentang iman
baginda bersabda:
iman itu ialah bahawa engkau percaya kepada allah, para malaikat-nya kitab-kitab-nya, para rasul-nya, hari kiamat dan bahawa engkau percaya kepada kadar baik dan buruk
lelaki itu berkata: benarlah engkau
dia berkata lagi: terangkanlah kepadaku tentang ihsan
baginda bersabda:
ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah allah seolah-olah engkau melihat-nya, sekiranya engkau tidak dapat melihat-nya maka sesungguhnya dia melihatmu
lelaki itu bertanya lagi: terangkan kepadaku tentang kiamat
baginda bersabda: orang yang ditanya tentang kiamat, tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya
lelaki itu berkata: maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya
baginda bersabda:
antara tanda-tandanya ialah apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang yang miskin, berkaki ayam,
tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi penggembala kambing
berlumba-lumba membina bangunan (bertukar menjadi kaya-raya)
kemudian lelaki itu berlalu. lalu aku terdiam sebentar.
kemudian baginda bertanya:
wahai umar, adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu
aku berkata allah dan rasul-nya lebih mengetahui
baginda bersabda: sesungguhnya dia adalah malaikat jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu
hadis riwayat al-imam muslim
Random Lyrics
- buy off the bar - i belong lyrics
- big quis - 7 mile nigga lyrics
- frankjavcee - grunge trap lyrics
- איג'יי סאן - leil kol hakdoshim - ליל כל הקדושים - ejay son lyrics
- maniac81 - slow down lyrics
- bill nykon 5300 - kick back (prod. jay beats x dollie) lyrics
- jairzinho - matta lyrics
- doncat - glass window lyrics
- pier49 music - não tenho mais medo lyrics
- yo daddy doe - the shakedown lyrics