alif satar – satu garis lyrics
[verse 1]
kau mahu yang panas
ku mahu yang berais
sudahnya kita menyalah
bagaimana?
kau mahu yang baru
yang antik pula ku mahu
jelasnya berbeza pilihan hati kita
engkau kisahkah?
[chorus]
mencari satu garis
persamaan di antara diri kita
[verse 2]
merahkah birumu?
bulatkah segitiga aku?
pandang+pandanglah dengan sebelah mata
mana yang terampuh?
dosaku kan mengujimu
dugaan buatku terima lemahmu
senget sikit sana, kuit sikit sini
hingga cantik
[chorus]
mencari satu garis
persamaan di antara diri kita
dan kiranya itu bukan
satu garis persamaan
kitakan damai
[bridge]
kita hanyalah rangkaian kecil
jadi penyambung ke rangkaian besar
pasti ada
ada hati insan yang kau sentuh
telah menjadi luka
pasti jua ada kau sentuh yang bahagia
[verse 3]
merahkah warnanya yang kau lihat biru?
sempurnakah bulatnya pada segitigaku
cuba pandang+pandang dgn sebelah mata
mana yang terampuh
[chorus]
mencari satu garis
persamaan di antara diri kita
dan kiranya, ditemukan
satu garis persamaan
kitakan damai
[outro]
dosaku kan mengujimu
dugaan buatku terima lemahmu
senget sikit sana, kuit sikit sini
hingga jadi cantik
sampai cantik
Random Lyrics