azlyrics.biz
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 #

dato’ sri siti nurhaliza – zapin bernasib lyrics

Loading...

[verse]
berdahan condong limau kasturi
daun selasih hamba lurutkan
tinggallah kampung, tinggal negeri
kerana kasih hamba turutkan

[pre+chorus]
buah bidara di dalam puan
dari kota dibawa orang
sebak di dada mengenang tuan
air mata jatuh berlinang

{chorus]
hendak dirajuk pada siapa
hendak mengadu orang tak sudi
sedihnya hati tidak terkira
kasih junjungan tidak peduli

[chorus]
tuan umpama kain sutera
hamba belacu tidak berseri
tidak boleh diganding bersama
kabur seri rosaklah nilainya

[instrumental]
[verse]
baiknya benih padi seberang
sayangnya lalang tumbuh melata
sakit berkasih hamba seorang
badan terbuang hidup derita

[pre+chorus]
masamnya nanas dari permatang
daun pandan tidak berduri
mengharap panas hingga ke petang
rupanya hujan di tengah hari

[chorus]
apalah guna kita bercinta
siang malam merintih menanti
apalah guna kita bersama
diri terbuang orang tak sudi

[chorus]
redalah andai jiwa dеrita
esok mungkin tak lagi begini
redalah andai bercеrai cinta
kalau itu ketentuan budi

instrumental
[chorus]
hendak dirajuk pada siapa
hendak mengadu orang tak sudi
sedihnya hati tidak terkira
kasih junjungan tidak peduli

[chorus]
tuan umpama kain sutera
hamba belacu tidak berseri
tidak boleh diganding bersama
kabur seri rosaklah nilainya

[chorus]
apalah guna kita bercinta
siang malam merintih menanti
apalah guna kita bersama
diri terbuang orang tak sudi

[outro]
redalah andai jiwa derita
esok mungkin tak lagi begini



Random Lyrics

HOT LYRICS

Loading...