azlyrics.biz
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 #

kmy kmo & luca sickta – zuhud lyrics

Loading...

(kau ombak singgah omong nisbah gangguan yang tak dihirau)

baik, cekal, bagus, terus
baik, kekal, rakus, terus
baik, cekal, bagus, terus
baik, kekal, rakus, terus

saat serunai menjerit suatu hari nanti
segala yang di langit dan segala yang di bumi
yang hidup, yang mati, yang menyamun, yang bijak
semuanya akan dibangunkan di padang untuk berarak

baik dan cekal bagus ikut penunjuk arah
polang kaling bertungkus lurus mengikut arah
bengkak bengkil di hati surut dimakan hari
lumrah langlang buana rempuh tembok langkah kiri

jadi baik cekal bagus, terus zuhud ke bawah
elak dibakar hangus atau dihumban ke kawah
jadi baik kekal rakus, terus menanam ubi
ramai mengejar fulus lupa sebar saham budi

orang dagang dah berlabuh sauh, sedia siaga di bumi tuhan
tenang ku terbang walaupun jauh, bawa pikulan tugas suruhan
nafsu digendang diriku jatuh, mungkinkah kerna ku budak hutan
emosi senang berang dan patuh telunjuk lakhus pun diturutkan

yang diturunkan engkau lupuskan, sahabat kudus tak dikhususkan
kau pupuskan, kau putuskan, yang ditumpukan bukan keperluan
kekal tumpuan buang kemahuan, tujuan hidup bagaikan ramuan
dituang iman jadikan acuan dalam perjalanan bersama panduan

eh
bukan hanya cukup lima, bukan sekadar cukup enam
mahu rasakan delima di syurga iman jangan benam
kerap lima enam kali sehari kita diganggu
teguh jati diri dari dibelenggu rindu bercandu

jadi baik, zuhud, ke bawah tanam budi
bunuh semua ego yang memagar hati budimu
baik, sujud walau harta ratus beribu
berjuta kesan robak rabik hilang kerna budimu

baik dan cekal bagus ikut penunjuk arah
polang kaling bertungkus lurus mengikut arah
bengkak bengkil di hati surut dimakan hari
lumrah langlang buana rempuh tembok langkah kiri

jadi baik cekal bagus, terus zuhud ke bawah
elak dibakar hangus atau dihumban ke kawah
jadi baik kekal rakus, terus mananam ubi
ramai mengejar fulus lupa sebar saham budi

andam karam waktu dalam salam, awan gelap karung kunci dada
ragam malam kenal suara tidak dijatuhnya huk-m hamba tanpa sua
rata-rata jadi patah siku kerna risau hunus pisau bocor saku
mata-mata jadi lali bisu tanpa hirau hangus jiwa dah terpaku

kemudi hasrat biar sampai dapat, berbudi niat gapai yang tersirat
yang bersekutu mula menggerutu, bila timbang mutu masih rujuk buku
jadi baik, cekal, bagus, dari riak, bebal terus
jadi bijak kerna ilmu dari menyalak nafsu cemburu
jadi baik

larikan nyawa dari, lancar mulut celupar
lara wirang sendiri, lepas mulut celupar
ringan menanam budi, hasilnya usah takut
dari maha pemberi, pasti nasi di lutut

jadi baik cekal bagus, terus zuhud ke bawah
elak dibakar hangus atau dihumban ke kawah
jadi baik kekal rakus, terus mananam ubi
ramai mengejar fulus lupa sebar saham budi

jadi baik, cekal, bagus, terus
jadi baik, kekal, rakus, terus
jadi baik, zuhud, ke bawah tanam ubi
jadi baik, berbudi, kan untung bukan rugi
jadi



Random Lyrics

HOT LYRICS

Loading...