p. ramlee & saloma – joget malaysia lyrics
[verse 1: p. ramlee]
datuk panglima pergi membajak
ke tanah rata senja pulangnya
datuk panglima pergi membajak
ke tanah rata senja pulangnya
kalau saloma orang yang bijak
negeri kita apa namanya
kalau saloma orang yang bijak
negeri kita apa namanya
[verse 2: saloma]
ikanlah keli di dalam perahu
oranglah buta tangkap buaya
ikanlah keli di dalam perahu
oranglah buta tangkap buaya
kalau cik ramlee ingin nak tahu
negara kita nama malaysia
kalau cik ramlee ingin nak tahu
negara kita nama malaysia
[verse 3: p. ramlee]
ramalah rama di pohon duri
mati ditimpa si buah nangka
ramalah rama di pohon duri
mati ditimpa si buah nangka
kalau saloma orang bistari
bulan berapa malaysia merdeka
kalau saloma orang bistari
bulan berapa malaysia merdeka
[verse 4: saloma]
anak benggali di kebun nyonya
petiklah gambus anak melaka
anak benggali di kebun nyonya
petiklah gambus anak melaka
wahai cik ramlee ini jawabnya
tiga puluh satu ogos merdeka
wahai cik ramlee ini jawabnya
tiga puluh satu ogos merdeka
[verse 5: p. ramlee]
ke pasar lama membeli serai
singgah bertanya datuk mentеri
ke pasar lama membeli sеrai
singgah bertanya datuk menteri
kalau saloma orang yang pandai
di mana letak ibu negeri
kalau saloma orang yang pandai
di mana letak ibu negeri
[verse 6: saloma]
anaklah bilal dari mentakab
pergi ke johor buat kenduri
anaklah bilal dari mentakab
pergi ke johor buat kenduri
cik ramlee soal mudah dijawab
kuala lumpur ibu negeri
cik ramlee soal mudah dijawab
kuala lumpur ibu negeri
[instrumental outro]
Random Lyrics
- django django – no time lyrics
- innercut & don patricio – vuelve lyrics
- gameboyjones – running away from death lyrics
- amaria – only lyrics
- pale machine – primi etot challenge lyrics
- abraxus – burden lyrics
- charonyx – hearts of steel lyrics
- bull brigade – il fuoco reloaded live lyrics
- rəhimxan feat. madi – dön lyrics
- ha’anashim – האנשים – bo malach – בוא מלאך lyrics